Posts

Showing posts from June, 2016

Mencium Hajarul Aswad (black stone). Bukankah ini seperti form of idolatry?

Pertama sekali, segala puji bagi Allah swt kerana Islam bersih daripada segala perkara yang mensyirikkan Allah. Kita harus memahami bahawa Islam tidak menganggap bahawa Hajarul Aswad(black stone) sebagai satu bentuk pemujaan atau to be sacred things. Ia hanyalah kerana batu tersebut satu-satunya sisa daripada asal Kaabah binaan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS sebelum zaman Nabi Muhammad SAW, memandangkan Kaabah pernah rosak dan dibina semula beberapa kali dalam catatan sejarah.

Disebut dalam hadis berkenaan Hajarul Aswad yang tidak memberikan manfaat mahupun mudarat kepada kita

Narrated Abis bin Rabia: Umar came near the Black Stone and  kissed it and said "No doubt, I know that you are stone and can neither benefit anyone nor harm anyone. Had I not seen Allah's Messenger (Muhammad PBUH) kissing you I would not have kissed you."
(Sahih Bukhari, Kitab al-Hajj, Hadith no.1597)

Hari ini, Hajarul Aswad digunakan untuk  menentukan permulaan dan pengakhiran bagi ibada…

Mengapa Melayu takut salib?

Dalam Islam, lambang Salib mungkin dianggap sebagai satu simbol pembohongan serta penipuan kerana ramai Muslim percaya bahawa Jesus Christ (Nabi Isa) tidak pernah disalib. Perkara ini berdasarkan ayat Quran,

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. (Quran 4:157)

Muslim juga percaya bahawa Nabi Isa akan turun ke bumi buat kali kedua, dan antara perkara yang paling utama baginda akan lakukan adalah memusnahkan salib;

"The h…