Posts

Showing posts from September, 2016

Bicara dari Nukilan (Minda DrMAZA) - Versi Mahasiswa USM

DILEMA MAHASISWA ~ antara materialisme dan humanisme

Semenjak kita menjejakkan kaki ke alam universiti dari bangku sekolah sudah pasti kita dapat merasakan kelainannya dan seharusnya kita sedar perkara ini. Gelaran mahasiswa sepatutnya memberikan nilai yang berbeza kepada kehidupan kita kerana perjuangan kita sudah berbeza. Perjuangan kita kali ini menuntut pengorbanan, keberanian, konsisten dan yang paling penting memerlukan kepada ilmu kerana mahasiswa itu merupakan seorang pemikul amanah, penuntut ilmu, agen perubahan masyarakat dan penyambung legasi kepimpinan negara. Ya kita-lah orangnya itu, Mahasiswa Universiti Sains Malaysia.

Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa tidak begitu ramai mahasiswa hari ini seperti yang cuba digambarkan di atas. Kita sudah semakin ‘lembik dan kurus’ dengan budaya keilmuan dek kerana derasnya hempasan ombak hedonisme yang memukul. Tidak dinafikan masih wujud ‘spesies’ yang cintakan ilmu tetapi jika dibandingkan dengan sebilangan besar ‘populasi’ m…

Idealisme yang Retorik

Suburkanlah idealisme sekalipun ianya retorik!!

Bagiku mahasiswa perlu idealis sekali pun nampak gayanya seperti sedang beretorik. Kenapa perlu pesimis dengan idea yang positif dan baik. Especially yang berkaitan dengan usaha untuk mengubah pemikiran masyarakat mahasiswa, umum dan negara?

Sebabnya pemikiran kolot aristokrat dan fuedalisme sudah terlalu berakar umbi dalam masyarakat. Orang yang berfikiran positif dipandang negatif.Semuanya kena Yes or No! Semuanya kena ikut system! Tak boleh ke system buatan manusia yang sudah pastinya tidak sempurna dikritik? Maksum ke system tu?

Ya.. Aku tahu siapa kita untuk ubah system?Aku rasa mungkin orang yang idealis ini dicemburui kerana terlalu banyak idea dan tidak terjangkau pemikiran oleh mereka yang pemikirannya bergantung pada teks-teks tulisan kaku semata-mata dan tidak luas pergaulan. Contohnya:- Albert Einstein selalu dikutuk gila oleh kawan kelas dan gurunya. Karpal Singh pula kerana terlalu kritis selalu repeat paper masa kat fakult…

Tarikh ini adalah sebuah permulaan untukku..

Image
Tanggal 21 Ogos 2016 merupakan tarikh yang berharga untuk aku kerana telah genap 20 tahun aku singgah di muka bumi, syukur Alhmadulillah. Sudah agak lama aku berhasrat untuk menulis blog secara serius dan kritis, tapi masa masih mencemburui aku, ataupun aku yang sebenarnya masih tidak matang dalam mengurus masa.
AHH..ketepikan itu semua, hari ini aku perlu berubah, aku ingin berubah, aku mahu jadi diriku sendiri. Benar, diriku yang sebenar itu pendiam tapi ligat dengan idea, diriku yang sebenar sangat-sangat cintakan buku dan ilmu sehinggakan lupa segalanya, hilang dalam khayalan dan kekhusyukan membaca namun, kesalnya aku tidak suka kepada bahan yang kaku (seperti subjek-subjek sains) kerana tidak menepati cita rasa diriku yang sebenar, diriku yang sebenar sangat sayang kepada keluarga sehinggakan aku berasa seperti ingin duduk di rumah semata-mata, tidak mahu meneroka alam kerana mahu menghabiskan masa bersama ibu ayah abang adik-adik -ku, diriku yang sebenar sangat pemalu dan yan…