Idealisme yang Retorik

Suburkanlah idealisme sekalipun ianya retorik!!

Bagiku mahasiswa perlu idealis sekali pun nampak gayanya seperti sedang beretorik. Kenapa perlu pesimis dengan idea yang positif dan baik. Especially yang berkaitan dengan usaha untuk mengubah pemikiran masyarakat mahasiswa, umum dan negara?

Sebabnya pemikiran kolot aristokrat dan fuedalisme sudah terlalu berakar umbi dalam masyarakat. Orang yang berfikiran positif dipandang negatif.Semuanya kena Yes or No! Semuanya kena ikut system! Tak boleh ke system buatan manusia yang sudah pastinya tidak sempurna dikritik? Maksum ke system tu?

Ya.. Aku tahu siapa kita untuk ubah system?Aku rasa mungkin orang yang idealis ini dicemburui kerana terlalu banyak idea dan tidak terjangkau pemikiran oleh mereka yang pemikirannya bergantung pada teks-teks tulisan kaku semata-mata dan tidak luas pergaulan. Contohnya:- Albert Einstein selalu dikutuk gila oleh kawan kelas dan gurunya. Karpal Singh pula kerana terlalu kritis selalu repeat paper masa kat fakulti undang-undang.

Kadang kala mungkin seorang idealis tidak mampu pun untuk melaksanakan idea-idea mereka. Tapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha menyampaikannya. Mungkin akan ada manfaatnya untuk orang lain yang mampu untuk melaksanakannya.

Satu lagi aku ramai sahabat yang tidak jelas perancangan masa hadapan mereka. Bila ditanya apa yang hendak dilakukan selepas tamat belajar .Jawapan mereka, “Tak pasti lagilah, tengoklah macam mana nanti.” Kadang-kadang perkara ini berlaku di kalangan mereka yang scorer juga keputusan exam mereka.Mungkin mereka ini merendah diri agaknya.

Pakar-pakar motivasi seperti Dr. H.M Tuah Iskandar dan Fadzilah Kamsah acap kali menyebut tentang perlunya idea yang jelas dengan perancangan teliti tentang masa hadapan yang praktikal. Tapi yang peliknya kawan-kawanku yang idealis ni cara mereka merancang dan luaskan perancangan idea mereka sungguh meyakinkan. Tapi bila tengok pada keputusan pelajaran mereka tak lah secemerlang mana pun. Inilah keadilan Allah s.w.t. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Tapi rata-rata kawanku yang idealis ini sangat optimis dengan masa hadapan mereka yang gemilang dan cemerlang.

Kawan-kawan yang anti-idealis ni pula kelihatan seperti dalam keadaan resah dan tertekan dengan masa hadapan. Sebabnya mereka masih teraba-raba untuk kenal dunia di luar kampus yang penuh panca roba dan cabaran. Dunia di luar kampus bukan sekadar kelulusan akademik sahaja yang penting, tapi kemahiran komunikasi dan net working juga menjadi penentu kerjaya masa hadapan.

Sebab itulah kebanyakan mereka yang tak pandai bergaul cara yang cemerlang dengan orang ini, tapi cemerlang bergelumang dengan buku dan peperiksaan sahaja ini rata-ratanya hendak memilih cara hidup, yang play safe dan terjamin.. Jadilah lecturer atau dilingkari dengan dunia akademik. Bagaimana skemanya cara mereka belajar di fakulti begitu jugalah cara skemanya mereka mengajar.

Semasa belajar di kampus sikap-sikap kemasyarakatan, idealisme dan aktivisme tiada, bila mengajar jadi pensyarah , kecenderungan untuk menghukum student berbanding memahami masalah student adalah lebih ke arah menghukum.Cuba korang perhatikan lecturer dari golongan yang pernah berkhidmat dan berkerja di dunia luar fakulti dengan pensyarah yang academician sejak dari awal lagi.. Kan berbeza pendekatan mereka tu??

Satu lagi sikap orang kita ni. Suka memperlekehkan idea-idea bernas orang lain. Biarkanlah mereka meluahkan idea-idea mereka. Mungkin itu sahaja kelebihan mereka ada. Untuk bagi idea!  Mencemih muka, mengumpat di belakang, dah menjadi macam tradisi pula oleh orang lain yang tidak memahami jiwa mereka yang idealis ini.

Aku pernah berbual dengan seorang tokoh politik kerajaan Barisan Nasional yang pernah menjadi ahli parlimen. Namanya Dato. Fuad Hassan. Beliau pernah jadi presiden MPP UKM dan Presiden PKPIM sekitar hujung tahun 70-an. Dia adik kepada Dato Jalaludin Hassan.Sekarang dah jadi tokoh korporat.

Katanya kepadaku, “Ketika zaman kamu sebagai mahasiswalah idea-idea murni dan idealis perlulah difikirkan. Suburkan budaya idealisme dan intelektualisme sebabnya bila kamu dah berkerjaya dan berkeluarga mungkin pemikiran telah bercampur baur dengan pelbagai kepentingan lain.”

Nasihatku kepada sahabat-sahabatku yang idealis. Idea-idea yang bernas jangan dibiarkan sekadar jadi bahan cemihan dan cemuhan oleh mereka yang kolot. Terjemahkan dalam penulisan atau blog ke. Mungkin suatu hari nanti idea-ideamu itu akan terlaksana apabila telah tiba masanya…

Comments

Popular posts from this blog

Bicara dari Nukilan (Minda DrMAZA) - Versi Mahasiswa USM

Tarikh ini adalah sebuah permulaan untukku..

Mengapa Melayu takut salib?