Contoh Kertas Kerja Sembang Maqasid PMI

______________________________________________________________________________
KERTAS KERJA
­______________________________________________________________________________

SEMBANG MAQASID

ANJURAN:

LAJNAH PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN KAMPUS
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PMIUSM)

TARIKH: 22-FEBRUARI-2017
TEMPAT: TASIK FAJAR HARAPAN

TEMA:

“PENGENALAN KEPADA MAQASID SYARIAH”

 1.0  PENGENALAN

Maqasid Syariah (The higher objectives of Islamic Law) merupakan suatu ilmu yang harus dipelajari terutamanya bagi ulama fiqh agar setiap ijtihad dan pendapat yang diberikan bertepatan dengan kehendak syariat. Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan, natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah.
Sembang Maqasid merupakan program bersiri yang dianjurkan PMIUSM bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap nas dan penelitian terhadap realiti semasa kepada Mahasiswa Islam USM.

2.0  OBJEKTIF

2.1  Memberi pencerahan secara terperinci kepada Mahasiswa Islam tatacara melihat Maqasid al-Syariah (The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan kehidupan seharian.
2.2  Menjelaskan salah faham akan kefahaman yang literal terhadap Quran dan hadis-hadis.
2.3  Memberi panduan yang baik kepada mahasiswa Islam untuk berinteraksi dengan teks dan konteks.

3.0  TEMA

3.1  “PENGENALAN KEPADA MAQASID SYARIAH”

4.0  MAKLUMAT

4.1  TARIKH: 22 Februari 2017
4.2  MASA: 5.30 petang – 6.30 petang
4.3  TEMPAT: Tasik Fajar Harapan

5.0  SASARAN

5.1  30 orang Mahasiswa Islam USM di kampus induk.

6.0  TENTATIF

TARIKH
MASA
AKTIVITI
22 Februari 2017
05.30 petang

05.45 petang

06.15 petang

06.25 petang

06.30 petang


Hadirin mendaftar dan mengambil tempat

Perbincangan bermula

Sesi Q & A

Penyampaian cenderahati kepada panelis

Bersurai
  
7.0  ORGANISASI

JAWATAN KUASA
NAMA
PENGARAH
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABU BAKAR
TIMB. PENGARAH
AMIRAH BINTI SULAIMAN
SETIAUSAHA
NURSYIFA HUSNA BINTI ISMAIL
BENDAHARI
FARIHAH BINTI YAHYA ARIF
AJK PENDAFTARAN
AHMAD IZZAT BIN ABD. HALIM
AJK JEMPUTAN
MUHAMMAD HAFIZ BIN MAT HASAN

 8.0  BELANJAWAN

8.1  Pendapatan
BIL.
PERKARA
UNIT
RM
1.
Persatuan
RM 200 x 1
RM 200
JUMLAH
RM 200

8.2  Perbelanjaan
BIL.
PERKARA
UNIT
RM
1.
Makanan dan Minuman
·         Peserta

RM 50 x 1

RM 50
2.
Cenderahati
·         Pembentang

RM 50 x 1

RM 50

3.
Kontigensi

RM 20
JUMLAH
RM 120

 9.0  PENUTUP

Lajnah Penerangan dan Perhubungan Kampus berharap agar program ini dapat dijalankan dengan baik dan berkesan oleh semua pihak, dan matlamat serta objektif membina mahasiswa yang cakna dengan perintah agama akan tercapai. Semoga selepas program ini, mahasiswa mendapat suatu kesedaran bahawa segala yang kita lakukan perlulah berbalik kepada Islam kerana Islam merupakan agama yang syumul dan paling tinggi.

DISEDIAKAN OLEH:

____________________
(MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABU BAKAR)
Pengarah Projek Forum Watch Out!,
Persatuan Mahasiswa Islam,
Universiti Sains Malaysia.

DISAHKAN OLEH:

____________________
(QAMARUL IMAN BIN KAMAL ARRIFIN)
Yang Di-Pertua,
Persatuan Mahasiswa Islam,
Universiti Sains Malaysia.
DISAHKAN OLEH:

____________________
(PROFESSOR DR. MD ROSLAN HASHIM)
Penasihat,
Persatuan Mahasiswa Islam,
Universiti Sains Malaysia.




Comments

Popular posts from this blog

Bicara dari Nukilan (Minda DrMAZA) - Versi Mahasiswa USM

Tarikh ini adalah sebuah permulaan untukku..

Mengapa Melayu takut salib?